Pertandingan Meluncur Antarabangsa bakal berlangsung pada 6 - 8 Januari 2012 dan bertempat di Cherating, Pahang. Berbagai aktiviti menarik disediakan sempena acara ini. Datang dan sertailah karnival yang berprestij ini.
Satu program Ziarah Kesejahteraan Bandar Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan diadakan di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong pada 27 Februari 2012, jam 10.00 pagi. Program akan dirasmikan oleh YB. Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin. Semua kakitangan majlis dan penduduk daerah bentong dijemput hadir untuk memeriahkan program.
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong sebagai Kakitangan Terminal Sejahtera di Kompleks Perniagaan Jalan Loke Yew, Majlis Perbandaran Bentong. Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1. Centre Supervisor
2. Fasilitator
Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 Februari 2012. Sila klik untuk maklumat lanjut berkenaan jawatan kosong.