| Beg Boleh Digunakan Semula Banyak kedai-kedai runcit yang menjual beg boleh digunakan semula dengan harga yang murah. Jika ia disimpan rapi, ia jauh lebih tahan lama berbanding beg plastik. |
Kotak Boleh Dilipat Kotak-kotak seperti ini boleh dilipat rata apabila ia tidak digunakan |
Kotak Kadbod Sesetengah kedai sering memberi pelanggan kotak-kotak pakej pembelian barang. |
Beg Membeli Belah Beroda Ada yang diperbuat daripada nilon, logam atau bahan-bahan lain dan mempunyai roda di bahagian dasarnya. Faedah penggunaan beg seperti ini adalah ia boleh berdiri dengan sendirinya sambil anda membeli-belah, dan anda tidak perlu mengangkat beban yang berat kerana anda boleh menariknya. |
Bakul Suatu alternatif yang kelihatan menarik dan kreatif adalah penggunaan bakul rotan. Bakul rotan yang dibuat dengan baik cukup tegap untuk mengangkat beban yang berat. |
Beg Galas Sesetengah orang menggunakan beg galas sebagai satu alternatif beg plastik. Beg galas amat mudah digunakan, terutamanya jika anda menggunakan pengangkutan awam atau menunggang sebuah motosikal ke kedai. |
Beg Organik Ia sedikit mahal berbanding beg boleh diguna semula, ini kerana beg seperti ini dihasilkan daripada bahan-bahan organik seperti kapas, yang biodegradable. |
Beg Dikitar Semula Anda boleh membeli beg dikitar semula, yang sering kali diperbuat daripada beg-beg plastik lama. Ia boleh dilipat menjadi kantung kecil yang mudah dibawa ke mana-mana. |
Renungilah fakta yang mengejutkan mengenai beg plastik dari kedai membeli belah:
- Beg Plastic diperbuat dari polietilena. Polietilena adalah produk hasil dari petroleum.
- Lebih kurang 60 - 100 juta tong petroleum digunakan untuk menghasilkan beg plastik setahun untuk seluruh dunia.
- Penghasilan dan pengeluaran beg plastik menyumbang kepada pencemaran udara dan kadar pengunaan tenaga
- Pengeluar beg plastic menambahkan lagi pengeluaran karbon yang bertan-tan diudara setiap tahun
- Di United Kingdom, pengharaman beg plastic adalah bersamaan dengan mengurangkan 18,000 kenderaan di atas jalan.
- Sebanyak 500 juta ke 5 trilion beg plastic dihasilkan dan digunakan setiap tahun diseluruh dunia.
- Hanya 1% dari trillion yang dihasilkan itu dikitar semula
- Kebanyakan beg plastik polietilena mengambil selama 400 tahun untuk dibiodegradasikan. Sesetengah dari itu boleh mengambil masa selama 1000 tahun untuk diuraikan.
- Apabila polietilena diuraikan, bahan toksik akan larut dan resap ke dalam tanah dan seterusnya ke rantai makanan kita.
- Beg plastik adalah penyumbat tanah timbunan kita. Beg-beg ini menyekat jalanan pengairan, merosakkan landskap dan akan sentiasa mencemarkan tanah dan air kita.
- Beg plastic juga memberi kesan yang padah kepada burung – burang dan mamalia marin yang menyangkakan beg tersebut adalah makanan. Setiap tahun, 100,000 penyu laut dan haiwan marin yang lain mati kerana beg plastik