Latar Belakang MPB
Pentadbiran perbandaran di Daerah Bentong bermula dengan penubuhan Majlis Bandaran Bentong pada 5 Mei 1955 dengan kuatkuasa undang-undang dan diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Pahang Bil. 147. Penubuhan Majlis Daerah Bentong pada 1 Julai 1981 adalah berdasarkan kepada Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171). Ia merupakan satu kenaikan taraf dari Majlis Bandaran kepada sebuah Majlis Daerah dengan penyatuan Majlis Bandaran Bentong beserta 5 buah Majlis Tempatan dan beberapa kawasan lain iaitu :
 | Majlis Bandaran Bentong |  | Kampung Simpang Pelangai |
 | Majlis Tempatan Karak |  | Kampung Baru Sg. Gapoi |
 | Majlis Tempatan Sg. Dua |  | Kampung Jambu Rias |
 | Majlis Tempatan Telemong |  | Kampung Benus |
 | Majlis Tempatan Manchis |  | Genting Sempah |
 | Majlis Tempatan Bukit Tinggi |  | Kampung Janda Baik |
 | Kampung Shafie |  | Kampung Baru Sg. Penjuring |

Keluasan kawasan Majlis Daerah Bentong ketika penubuhannya adalah 42 batu persegi di mana 30.99 batu persegi adalah kawasan operasi penuh (bercukai) dan 10.0045 batu persegi adalah kawasan kawalan pembangunan
Kawasan operasi meliputi kawasan Bandar Bentong, Genting Highlands, Karak, Telemong, Manchis, Sg. Dua dan Bukit Tinggi. Manakala kawasan kawalan pula terdiri daripada kawasan Sg. Gapoi, Simpang Pelangai, Kg Shafie, Jambu Rias, Janda Baik dan Sg. Penjuring
Pejabat Majlis Daerah Bentong pada asalnya terletak di tingkat atas bangunan Pasar Bentong, dan kemudian berpindah ke bangunan sendiri di atas bekas tapak Rumah Rehat Bentong di Jalan Ketari
Mulai 1 Januari 2001, setelah 20 tahun penubuhannya, kawasan pentadbiran Majlis Daerah Bentong telah meningkat kepada 1105 km persegi (426.542 batu persegi). Kawasan operasi baru adalah 335.02 batu persegi (867.69 km persegi). Anggaran penduduk dalam pentadbirannya melebihi 104, 000 orang dan pendapatan sebanyak RM 13.25 juta bagi tahun 2003
Pada 19 November 2003, Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan telah bersetuju menyokong cadangan menaik taraf Majlis Daerah Bentong kepada Majlis Perbandaran Bentong
Pada 16 Julai 2005, Majlis Daerah Bentong dengan rasminya diisytiharkan menjadi MAJLIS PERBANDARAN BENTONG
