KeteranganKeseluruhan logo adalah gabungan daripada bentuk-bentuk geometri yang diadaptasikan dan membawa maksud Majlis Perbandaran Bentong adalah sebuah organisasi yang mempunyai autoriti di dalam pentadbiran bandar Bentong di samping menjanjikan Bentong sebagai sebuah bandar yang maju makmur dan sejahtera.  | Bentuk lengkungan yang digambarkan seperti mata tombak membawa maksud bidang kuasa Majlis Perbandaran Bentong di dalam menentukan penyusunan bandar yang lebih terancang sejajar dengan moto majlis perbandaran itu sendiri iaitu “Menjadikan Bentong Sebuah Bandar yang Maju, Makmur dan Sejahtera”, di samping menggambarkan Majlis Perbandaran Bentong bernaung di bawah kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur. |  | Bentuk gading gajah di dalam logo ini melambangkan identiti Negeri Pahang secara tidak langsung dapat menerangkan Majlis Perbandaran Bentong sebagai sebuah organisasi yang berdiri di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri Pahang. |  | Bentuk ini melambangkan perpaduan masyarakat di dalam komuniti Majlis Perbandaran Bentong. Manakala bentuk bintang pecah 14 melambangkan semangat yang utuh di antara 14 buah negeri yang diserapkan ke dalam komuniti Majlis Perbandaran Bentong, di samping pembangunan secara bersama di antara pihak masyarakat, swasta dan juga agensi. |  | Bentuk pembangunan dan perumahan ini menggambarkan Majlis Perbandaran Bentong bertanggungjawab menjaga kebajikan komuniti dan menampilkan imej bandar yang sejahtera, bersih, tersusun, makmur, maju dan selesa bagi kepentingan pengguna untuk menerima kehidupan yang moden dan selesa mengikut arus kemajuan yang berkembang pesat melalui perkhidmatan yang disediakan. |
|