Pilih Saiz : Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |    Pilih Warna Kontra : Kontra Biru Kontra Hitam Kontra Coklat Kontra Asal    |    Latar Belakang : tukarlatarbelakanghbiru tukarlatarbelakanghijau tukarlatarbelakangkuning
   Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
Laman Utama » Info Bentong » Latar Belakang Bentong
MENU HALAMAN
 

Latar Belakang Bentong

Bentong adalah sebuah bandar dan salah sebuah daerah di Negeri Pahang. Keluasan daerah ini ialah 1831 kilometer persegi. Ia terletak 80km dari timur laut Kuala Lumpur dan bertentangan dengan Banjaran Titiwangsa. Daerah ini bersempadan dengan Negeri Selangor di sebelah barat dan Negeri Sembilan di sebelah selatan.

Mengikut cerita lama, nama Bentong dahulunya dikenali sebagai Kapong. Pada waktu itu, Bentong berpusat di sekitar kawasan pasar iaitu di pertemuan antara Sungai Repas dan Sungai Perting. Ia mula menjadi pusat tumpuan apabila bijih timah ditemui di kedua-dua sungai tersebut. Pelombong-pelombong bijih timah telah membina satu ban untuk melombong bijih timah bagi mendapat hasil yang lebih menguntungkan. Peristiwa ini telah menjadi bualan orang luar dan mereka telah menamakannya sebagai “Ban Untung” (ban yang menguntungkan). Perkataan “Ban Untung” menjadi lebih dikenali oleh orang ramai berbanding dengan Kapong. Lama-kelamaan perkataan “Ban Untung” bertukar menjadi Bentong.

Daerah Bentong terletak dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Bentong dan terbahagi kepada 3 mukim iaitu Mukim Bentong, Mukim Sabai dan Mukim Pelangai. Selain dari Bandar Bentong, terdapat beberapa pekan lain yang menjadi tumpuan penduduk seperti di Karak, Bukit Tinggi, Telemong dan Simpang Pelangai.

Bandar Bentong berperanan sebagai pusat pentadbiran dan perindustrian bagi daerah Bentong. Di bentong terdapat banyak industri-industri ringan dan sederhana seperti kilang kayu-kayan, kilang pembuatan makanan dan kilang pengumpulan komponen elektrik. Peningkatan kepada pembangunan di bandar telah menyedarkan Majlis Perbandaran Bentong supaya bersedia dengan keperluan dan cabaran-cabaran masa akan datang dalam usaha menjadikan Bandar Bentong sebuah bandar yang maju, makmur dan sejahtera.

 
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia   Koridor Raya Multimedia   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang   My ID   1 Malaysia   Program Transformasi Kerajaan   TalentCorp