MENU

a1a2

Keratan akhbar
Gotong-Royong Hari Malaysia 2016 telah diadakan pada Jumaat, 16 September 2016 di Jalan Chamang (menghala ke kawasan air terjun). Gotong-royong ini telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Bentong dengan kerjasama SW Corp dan sukarelawan daripada Kechara Soup Kitchen. Gotong-royong ini disertai seramai 100 orang. Objektif gotong royong ini adalah untuk memusnahkan tempat-tempat punca pembiakan nyamuk terutamanya bekas makanan yang dibuang di kawasan sepanjang tepi jalan menghala ke air terjun Chamang.
Aktiviti gotong-royong ini telah dijalankan dua tahun berturut-turut di sekitar tepi jalan menghala kawasan air terjun Chamang.

 

Kemaskini Terakhir: Rabu, 21 Jun 2017 - 3:46pm