MENU

Mengikut Seksyen 5, Akta 171, Majlis Perbandaran Bentong merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berfungsi mengatur, mengawal dan merancang pembangunan serta kegunaan tanah dan bangunan dalam kawasan tadbirnya. Antara fungsi-fungsi Majlis Perbandaran Bentong adalah seperti berikut:-

 

Merancang, membina dan menyelenggara kemudahan awam dan infrastruktur.
Menyelaraskan kemajuan projek-projek pembangunan.
Membuat kutipan hasil.
Menyelia perkhidmatan kebersihan dan pelupusan sisa pepejal.
Mengawasi kebersihan dan penguatkuasaan peraturan-peraturan kesihatan awam.
Pengindahan kawasan.
Menimbang dan meluluskan lesen-lesen premis perniagaan.
Menilai harta-harta dalam kawasan pentadbiran.
Bertindak sebagai perancang bagi menjamin pembangunan yang terancang, keindahan kawasan tadbir, kebersihan dan kesihatan yang terkawal.

 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 20 Oktober 2017 - 4:22pm