MENU

Bagi memberikan perkhidmatan awam yang berkesan, Majlis Perbandaran Bentong telah menetapkan beberapa objektif selaras dengan fungsi dan peranannya sebagai Pihak Berkuasa Tempatan. Objektif-objektif tersebut adalah seperti berikut:-

Menjamin perancangan dan pembangunan fizikal, sosial dan mental warga setempat bagi menjamin kesejahteraan penduduk dan persekitaran yang bersih, indah dan selesa.
Memastikan tahap kesihatan setempat berkeadaan sempurna dan persekitaran yang bersih, indah dan selesa.
Menentukan perancangan pembangunan selaras dengan Pelan Rancangan Struktur dan Pelan Perancangan Pembangunan Bandar Bentong.
Menyediakan kemudahan infrastruktur asas meliputi seluruh kawasan Majlis.
Mewujudkan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi penduduk di kawasan yang berpotensi.
Mewujudkan kawasan-kawasan riadah dan rekreasi bagi memenuhi keperluan warga Bentong.
Memberi perkhidmatan sokongan kepada kemajuan industri pembuatan, pelancongan, pendidikan dan lain-lain.

 

 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 20 Oktober 2017 - 4:22pm