PIAGAM PELANGGAN MAJLIS PERBADARAN BENTONG
Warga kerja Majlis Perbandaran Bentong dengan penuh tekad dan iltizam berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk mengurus dan mentadbir oraganisasi dengan cekap dan berkesan. Ke arah itu, kami berjanji untuk:
- Keputusan Bantahan Cukai Dikeluarkan Dalam Tempoh 1 Bulan Daripada Tarikh Sesi Mendengar Bantahan.
- Permohonan Pindahmilik (Borang I) Dan Penukaran Alamat Yang Lengkap Diproses Dalam Tempoh 1 Hari Bekerja.
- Mengeluarkan Bil-Bil Cukai Taksiran Setengah Tahun Pertama Pada Bulan Januari Dan Setengah Tahun Kedua Pada Bulan Julai.
- Bil-Bil Sewaan Dikeluarkan Dalam Minggu Pertama Setiap Bulan.
- Permohonan Pelan Lampu Jalan Diproses Dalam Masa Empat Belas Hari Bekerja (14) Dengan Syarat Semua Dokumen Lengkap Dan Mematuhi Syarat.
- Kelulusan Bagi Permohonan Permit Menggali Jalan Akan Dikeluarkan Dalam Tempoh Masa Tujuh (7) Hari Bekerja Tertakluk Kepada Semua Syarat-Syarat Jabatan Dipatuhi.
- Mengeluarkan Kelulusan Pelan Penomboran Bangunan Dan Nama Jalan Dalam Tempoh Empat Belas (14) Hari Bekerja Bermula Daripada Tarikh Terimaan Lengkap Daripada Bahagian OSC.
- Mengeluarkan Pengesahan Permohonan Pecah Sempadan, Pecah Bahagian Dan Penyatuan Tanah Dalam Tempoh Tujuh (7) Hari Bekerja Bermula Dari Tarikh Terimaan Permohonan Lengkap Daripada Pemohon.
- Mengeluarkan Kelulusan Permohonan Papan Iklan Luar Premis/Billboard Dan Papan Tanda Tunjuk Arah Dalam Tempoh Tujuh (7) Hari Bekerja Bermula Dari Tarikh Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan Dan Kebersihan, Majlis Perbandaran Bentong.
- Mengeluarkan Pelan Zoning Rancangan Tempatan Daerah Bentong Dalam Tempoh 1 jam Bermula Daripada Masa Permohonan Pelanggan Yang Lengkap Direkodkan.
- Mengeluarkan Keputusan Permit Kerja Kecil (Borang L) Dalam Tempoh 1 Hari.
- Mengeluarkan Keputusan Permit Kerja Kecil (Pelan Setara) Dalam Tempoh 3 Hari.
- Lesen Tidak Berisiko 1 Hari
- Lesen Berisiko 30 Hari
- Lesen Hiburan 90 Hari Berkerja.
- Kelulusan Pelan Landskap Dalam Tempoh Empat Belas (14) Hari Daripada Terimaan Permohonan Lengkap
- Memastikan Keputusan Permohonan Latihan Industri Pelajar Dari Institusi Pendidikan Tinggi Dikeluarkan Dalam Tempoh 7 Hari Bekerja.
- Perjanjian Contract Standard 30 Hari
- Penswastaan 60 Hari
- Memastikan Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body) Mendaftarkan Nama Badan Dalam Masa Tiga Puluh (30) Hari Daripada Tarikh Mesyuarat Agung Tahunan Pertama.
- Mengeluarkan Sijil Perakuan Penubuhan Badan Pengurusan Bersama Dalam Tempoh Empat Belas (14) Hari Dari Tarikh Permohonan Lengkap Diterima.
- Pesanan Kerajaan Dikeluarkan Dalam Masa 2 Hari Dengan Syarat Dokumen Lengkap Dan Mematuhi Syarat
- Menyediakan Proses Pembayaran (Dokumen Lengkap) Dalam Tempoh 14 Hari Dari Tarikh Terima Permohonan
- 1 Hari Maklumbalas Pengadu, 3 Hari Maklumbalas Awal, 7 Hari Maklumbalas Tindakan Dan 14 Hari Aduan Yang Rumit
- Mengeluarkan Surat Kelulusan dan Bil Sewaan Dewan/Peralatan Dalam Tempoh 3 Hari Selepas Permohonan Diterima.
- Proses Permohonan Lengkap 3 Hari
- Mengangkat Permohonan Lengkap Ke JK Osc Dalam Tempoh 28 Hari
- Mengeluarkan Keputusan Mesyuarat Dalam Tempoh 3 Hari.