MENU

Gotong-Royong Hari Malaysia 2016 telah diadakan pada Jumaat, 16 September 2016 di Jalan Chamang (menghala ke kawasan air terjun). Gotong-royong ini telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Bentong dengan kerjasama SW Corp dan sukarelawan daripada Kechara Soup Kitchen dua tahun berturut-turut di sekitar tepi jalan menghala kawasan air terjun Chamang. Program ini disertai seramai 100 orang dan objektif gotong royong adalah untuk memusnahkan tempat-tempat punca pembiakan nyamuk terutamanya bekas makanan yang dibuang di kawasan sepanjang tepi jalan menghala ke air terjun Chamang.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 8 Julai 2020 - 3:32pm