MENU

9 Mac 2020 (Isnin) : Program Ceramah Bertajuk "Pengurusan Integriti Dan Keselamatan (Isu Rasuah)" Oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Pahang Telah Disampaikan Oleh KPKPs Maizatul Idzwie binti Mat Ali daripada Cawangan Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Pahang. Antara intipati taklimat adalah pendedahan mengenai isu-isu integriti dan langkah-langkah penyelesaian terhadap kesalahan tata kelakuan yang sering dihadapi oleh penjawat awam. Tidak lupa juga pengenalan mengenai rasuah, pencegahan budaya rasuah dan penerangan skop penerimaan hadiah yang boleh menjerumus kepada rasuah. Disamping itu, kedua-dua belah pihak telah mengambil inisiatif untuk mengukuhkan jalinan hubungan kerjasama demi dalam usaha membanteras rasuah bersama-sama. #MPBentong #BandarLestari #BentongBebasRasuah

Kemaskini Terakhir: Sabtu, 23 Mei 2020 - 9:32am