MENU

Pada 19 September 2016, telah berlangsung sesi penilaian Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2016 Kategori Pintu Gerbang Peringkat Kebangsaan oleh panel penilai daripada Jabatan Penerangan Malaysia, Putrajaya.

Kemenangan Majlis Perbandaran Bentong pada peringkat negeri telah melayakkan MPB untuk bertanding di peringkat kebangsaan.

Panel penilai yang diketuai oleh Encik Yosri Abu Mohsin bersama Puan Norizan Saleh dan Cik Siti Zawiyah Ab. Rahman telah melakukan penilaian terhadap pintu gerbang MPB.

 

Kemaskini Terakhir: Rabu, 8 Julai 2020 - 3:32pm