MENU

KENYATAAN MEDIA
YB SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG

ARAHAN PENUTUPAN PREMIS DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN KERANA WABAK COVID-19

1.  Berdasarkan perkembangan semasa dan langkah untuk mengekang wabak
COVID-19, Kerajaan Negeri telah bersetuju supaya semua Pihak Berkuasa Tempatan
menentukan di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini semua premis
yang dibenarkan beroperasi termasuk kedai serbaneka 24 jam, stesen minyak,
kiosk di stesen minyak
ditutup bermula jam 7 petang hingga 7 pagi termasuk
khidmat pandu lalu (drive-through).

2.  Arahan ini berkuatkuasa mulai 24 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 atau
sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ditarik balik.

3.  Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengambil tindakan penguatkuasaan
yang tegas bagi memastikan arahan ini dipatuhi.

Sekian, terima kasih.

DATO’ SRI DR. SALLEHUDDIN BIN ISHAK
YB Setiausaha Kerajaan Pahang
23 Mac 2020

Kemaskini Terakhir: Sabtu, 23 Mei 2020 - 9:32am