MENU

Majlis Perbandaran Bentong sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai. Antara perkhidmatan utama yang diberikan adalah seperti berikut :-

 

Aduan Awam

  1. Menguruskan segala aduan-aduan awam yang diberikan oleh orang ramai.
  2. Memberi maklum balas dan menyediakan laporan aduan.

 

Perancangan Pembangunan

  1. Menguruskan penyediaan rancangan pemajuan dan pembangunan fizikal Majlis.
  2. Menjalankan urusan kelulusan kebenaran merancang dan zoning plan.
  3. Menjalankan urusan perakuan pelan pre-comp.
  4. Menjalankan urusan kelulusan nama taman, pelan nombor bangunan dan jalan
  5. Menjalankan urusan pewartaan tanah lapang awam.

 

Lanskap

  1. Menjalankan urusan kelulusan pelan lanskap.
  2. Menjalankan urusan penyelenggaraan lanskap di kawasan Majlis.
  3. Menguruskan aduan berkaitan lanskap.

 

Kejuruteraan

  1. Melaksanakan projek-projek pembangunan yang dirancang mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Majlis, Negeri dan Persekutuan.
  2. Membuat pemeriksaan ke atas setiap projek yang dilaksanakan sehingga siap sepenuhnya.
  3. Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan awam.
  4. Memastikan kerja-kerja elektrik dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
  5. Memproses permohonan pemasangan lampu jalan yang dipohon oleh pemaju perumahan.
  6. Membaiki kerosakan lampu isyarat dalam kawasan Majlis.
  7. Membaiki dan bertanggungjawab atas setiap kerosakan elektrik yang berlaku pada harta Majlis.
  8. Menjalankan urusan kelulusan plan kerja tanah, jalan dan perparitan.
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 20 Oktober 2017 - 4:22pm