MENU
  • Apakah itu Cukai Taksiran Am?
    - Cukai Taksiran Am ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar seperti :

    • Bangunan Kediaman
    • Bangunan Perniagaan seperti Kedai, Kompleks Perniagaan, Pejabat, Hotel Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang.
    • Bangunan Perindustrian seperti Kilang, Gudang, Loji, Depo dan Pencawang.
    • Tanah Kosong seperti Bangunan, Pertanian, Perindustrian dan Perniagaan yang terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Rompin)

     

  • Adakah kain rentang yang diletakkan pada bangunan milik persendirian dikenakan bayaran?
    - Ya, kain rentang pada bangunan persendirian untuk tujuan perniagaan perlulah mendapatkan permit atau kelulusan dari MDR dan akan dikenakan bayaran.

     

  • Bilakah bayaran bagi penyewaan dewan atau peralatan perlu dibuat?
    - Bayaran perlulah dibuat sekurang kurangnya 2 minggu sebelum acara.

     

  • Berapa lamakah kelulusan bagi penyewaan dewan atau peralatan dari Majlis dikeluarkan?
    - Kelulusan akan diberi serta merta setelah segala syarat syarat dipenuhi.

     

  • Apakah perbezaan antara Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
    - Pihak berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:

    1. Majlis/Dewan Bandar Raya  2. Majlis Perbandaran  3. Majlis Daerah

    • Majlis/Dewan Bandar Raya ialah Majlis Perbandaran yang dinaikkan taraf bandar raya setelah memenuhi kriteria tertentu. Kriteria bagi Majlis/Dewan Bandar Raya ialah jumlah penduduk yang melebihi 1,000,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta.
    • Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM5 juta.
    • Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 100,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada 5 juta.

     

  • Apakah warna tong kitar semula?
    - Warna tong kitar semula adalah seperti berikut :

    • Warna Biru - Untuk kertas
    • Warna Jingga - Untuk tin aluminium, tin keluli dan plastik
    • Warna Coklat - Untuk kaca
Kemaskini Terakhir: Isnin, 10 April 2017 - 3:02pm