1. Memproses semua urusan perkhidmatan yang berikut dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh mendapat kelulusan/pengesahan Pihak Berkuasa Melantik:
• Pengesahan tarikh lantikan
• Pengesahan dalam perkhidmatan
• Pemberian taraf berpencen
2. Memastikan pergerakan gaji tahunan dilaksnakan empat (4) kali setahun dalam bulan :-
• Januari
• April
• Julai
• Oktober
3. Memastikan Laporan Perubahan (Kew 8) disediakan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.
• Lantikan baru
• Pergerakan gaji
• Tanggung kerja
• Lain-lain urusan perubahan
4. Memastikan rekod perkhidmatan dikemaskini dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh dokumen berkaitan perkhidmatan diterima.
5. Memastikan kakitangan Majlis Perbandaran Bentong menghadiri kursus perkhidmatan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari dalam setahun.
6. Memastikan semua dokumen persaraan yang telah lengkap dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tarikh persaraan.
7. Memastikan panggilan telefon di jawab dengan segera iaitu sebelum deringan kedua atau selewat-lewatnya semasa deringan ketiga.
8. Memastikan maklumbalas kepada pertanyaan dan aduan pelanggan adalah cepat, tepat dan mesra dengan menepati tempoh-tempoh berikut :-
• Akuan penerimaan dalam masa tiga (3) hari
• Maklumbalas awal dalam tempoh empat belas (14) hari
• Maklumbalas aduan dalam tempoh dua (2) bulan.
9. Memberi perkhidmatan kawalan keselamatan yang berkualiti.
10. Memastikan persekitaran Majlis Perbandaran Bentong dijaga dengan memuaskan.
11. Memastikan kenderaan Majlis Perbandaran Bentong berada dalam keadaan baik dan memuaskan.
12. Penggunaan kenderaan Majlis Perbandaran Bentong dapat digunakan dengan teratur dan memuaskan.