Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta

Piagam Pelanggan
1. Memastikan bil-bil tuntutan cukai taksiran dihantar kepada pembayar-pembayar cukai dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh akhir pembayaran.
2. Memastikan bil-bil sewaan harta dihantar kepada penyewa dalam tempoh minggu pertama setiap bulan.
3. Menerima dan menyelesaikan masalah cukai taksiran dan pengurusan harta dalam suasana mesra dan berdiplomasi.
4. Memberi peluang kepada pembayar cukai untuk membuat bantahan dan rayuan disamping memberi kemudahan membayar cukai secara ansuran kepada mana-mana pemilik yang kurang berkemampuan.
5. Memastikan setiap permohonan yang berkaitan dengan percukaian dan penyewaan harta diproses dalam tempoh yang telah ditetapkan.