Bahagian Perancangan Pembangunan

Piagam Pelanggan
1. Mengeluarkan Kebenaran Merancang dalam tempoh 30 hari daripada tarikh terimaan permohonan daripada OSC tertakluk kepada pematuhan syarat Majlis Perbandaran Bentong dan Jabatan-Jabatan Teknikal.
2. Pengeluaran kelulusan pelan landskap dalam tempoh 14 hari daripada tarikh terimaan permohonan daripada OSC tertakluk kepada pematuhan Garispanduan Lanskap RTD Bentong.
3. Pengeluaran kelulusan penamaan nama taman, penomboran bangunan dan jalan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh terimaan permohonan daripada OSC tertakluk kepada pematuhan Garispanduan Penamaan Taman Perumahan, Penomboran Bangunan dan Jalan Majlis Perbandaran Bentong.
4. Pengeluaran ulasan permohonan tanah kerajaan kepada PDT/PTG dalam tempoh 14 hari daripada tarikh terimaan surat PDT/PTG tertakluk kepada pematuhan RTD Bentong.
5. Memproning bunga hiasan jalan/taman kepada kekerapan 2 kali sebulan setiap lokasi.
6. Memotong rumput padang permainan/taman permainan kanak-kanak pada kekerapan 2 kali sebulan.
7. Memangkas pokok teduhan secara rutin pada kekerapan 2 bulan sekali.
8. Memangkas pokok teduhan mengikut aduan awam dalam tempoh 48 jam selepas terimaan aduan tertakluk kepada kondisi logistik.