Pilih Saiz : Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |    Pilih Warna Kontra : Kontra Biru Kontra Hitam Kontra Coklat Kontra Asal    |    Latar Belakang : tukarlatarbelakanghbiru tukarlatarbelakanghijau tukarlatarbelakangkuning
   Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
Laman Utama » MP Bentong » Profil » Perutusan YDP

Perutusan YDP



Dato’ Syed Mohd Nor bin Syed Jaafar

Y.H. Dato’ Syed Mohd Nor bin Syed Jaafar, DIMP.


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Laman Portal Majlis Perbandaran Bentong (MPB).

Terima kasih kerana melayari laman web MPB. Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin meluas dalam sektor kerajaan, MPB  terus mengorak langkah dengan membangunkan laman web yang berfungsi sebagai saluran penyebaran maklumat yang lebih mudah dan pantas. Laman web ini telah  membuka satu ruang baru untuk dijadikan media perantaraan kepada semua golongan masyarakat dalam usaha untuk memantap dan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan.

MPB mempunyai wawasan untuk memajukan Perbandaran Bentong agar dapat memberikan sumbangan ke arah cita-cita Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang  tahun 2020.

Bagi merealisasikan cita-cita tersebut, MPB sentiasa giat berusaha untuk mengadakan kemudahan infrastruktur asas kepada semua warga Bentong dan meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan bandar agar bandar-bandar dan  pekan di Perbandaran Bentong menjadi bandar dan pekan  yang disenangi untuk dikunjung.

Kerjasama daripada orang ramai amat dialu-alukan agar dapat memberi maklum balas kepada MPB bagi memastikan usaha-usaha yang sedang dilaksanakan oleh  MPB memberi manfaat kepada semua pihak. Segala pandangan dan cadangan boleh dikemukakan kepada MPB di alamat emel mpb@mpbentong.gov.my atau terus kepada Yang Dipertua MPB di alamat emel  ydp@mpbentong.gov.my.

Akhir kata, saya berharap semoga maklumat yang dipaparkan di laman web ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Saya juga menyeru kepada semua warga Bentong dan seluruh warga Malaysia amnya untuk menjadi warga yang bertanggungjawab dan sama-sama memberi perkhidmatan ke arah usaha menjadikan Bentong sebuah bandar yang MAJU, MAKMUR dan SEJAHTERA.
 

Wassalam, terima kasih.

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia   Koridor Raya Multimedia   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang   My ID   1 Malaysia   Program Transformasi Kerajaan   TalentCorp