Pilih Saiz : Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |    Pilih Warna Kontra : Kontra Biru Kontra Hitam Kontra Coklat Kontra Asal    |    Latar Belakang : tukarlatarbelakanghbiru tukarlatarbelakanghijau tukarlatarbelakangkuning
   Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
Laman Utama » MP Bentong » Profil » Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Warga kerja Majlis Perbandaran Bentong dengan penuh tekad dan iltizam berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk mengurus dan mentadbir oraganisasi dengan cekap dan berkesan. Ke arah itu, kami berjanji untuk:

Semua urusan permohonan lesen perniagaan dan iklan serta penjaja tetap akan diproses dan diberi keputusan dalam tempoh 2 bulan.
Memastikan bil-bil tuntutan cukai taksiran dihantar kepada pembayar-pembayar cukai dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh akhir pembayaran.
Mengeluarkan kebenaran merancang dalam tempoh 30 hari daripada tarikh terimaan permohonan daripada OSC tertakluk kepada pematuhan syarat Majlis dan Jabatan-Jabatan Teknikal.
Semua urusan permohonan kelulusan sijil layak menduduki bangunan diluluskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh mengemukakan Borang E yang lengkap.
Semua urusan permohonan kelulusan extensi dan renovasi bangunan diluluskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima lengkap dan mematuhi syarat dan keperluan yang telah ditetapkan.
Menyelesaikan proses pembayaran dalam tempoh 2 minggu selepas menerima tuntutan dengan syarat dokumen pembayaran mestilah lengkap.
Semua aduan yang lengkap akan dijawab dalam tempoh 3 hari.
Melayani pelanggan dengan mesra dan berhemah serta memastikan panggilan telefon dijawab dalam 3 kali deringan.

 

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia   Koridor Raya Multimedia   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang   My ID   1 Malaysia   Program Transformasi Kerajaan   TalentCorp