Unit Undang-undang

Piagam Pelanggan
1. Memastikan kes-kes pendakwaan dan perundangan bagi pihak Majlis Perbandaran Bentong dapat di bawa ke mahkamah dalam tempoh yang sewajarnya.
2. Memastikan supaya penyemakan dokumen-dokumen perundangan termasuk dokumen-dokumen perjanjian di antara pihak Majlis Perbandaran Bentong dan pihak-pihak lain dapat disemak dalam tempoh 14 hari bekerja, tertakluk kepada kesahihan dan ketepatan maklumat-maklumat yang diberikan kepada Unit Undang-Undang.
3. Memastikan nasihat dan ulasan perundangan yang dipohon daripada bahagian atau unit di Majlis Perbandaran Bentong dapat diberikan dalam tempoh 14 hari bekerja, tertakluk kepada kesahihan dan ketepatan maklumat-maklumat yang diberikan kepada Unit Undang-Undang.