Gerbang SMS Kerajaan - mySMS
Majlis Perbandaran Bentong telah mengambil satu inisiatif untuk mempelbagaikan saluran penyampaian perkhidmatan bagi membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan melalui SMS dengan mudah dan ringkas melalui satu nombor tunggal iaitu 15888.
Sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini, orang ramai akan dapat berurusan melalui SMS selain daripada saluran perkhidmatan sedia ada seperti berurusan melalui kaunter, telefon, Internet dan sebagainya.

Perkhidmatan mySMS di Majlis Perbandaran Bentong buat masa ini adalah seperti berikut :
| Bil |
Perkhidmatan |
Kod SMS |
| 1. |
Senarai perkhidmatan mySMS Majlis Perbandaran Bentong |
MPBTG MENU dan SMS ke 15888 |
| 2. |
Alamat Majlis Perbandaran Bentong |
MPBTG ALAMAT dan SMS ke 15888 |
| 3. |
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong |
MPBTG YDP dan SMS ke 15888 |
| 4. |
Setiausaha Majlis Perbandaran Bentong |
MPBTG SU dan SMS ke 15888 |
| 5. |
Aduan |
MPBTG ADUAN [ADUAN ANDA] dan SMS ke 15888 |
| 6. |
Semakan status aduan |
MPBTG STATUS [NO RUJUKAN] dan SMS ke 15888 |