Sistem Pengangkutan di kawasan Majlis Perbandaran Bentong adalah sistem pengangkutan darat. Jalan Persekutuan 8 dan 2 yang melalui Bandar Bentong merupakan laluan utama kenderaan berat yang membawa muatan seperti balak, kelapa sawit dan lain-lain barangan dari kawasan Pantai Timur seperti Gua Musang untuk ke Kuala Lumpur dan Kuantan atau sebaliknya. Antara pengangkutan awam yang terdapat di kawasan Majlis Perbandaran Bentong adalah perkhidmatan bas awam ( ekspress ke Raub & Temerloh / Kuala Lumpur / Johor / Singapura dalam daerah dan town service) dan teksi. |