Notis Pemberitahuan
E-PENDAFTARAN PERKHIDMATAN PERLU (ESSENTIAL SERVICES) PERNIAGAAN SEPANJANG PKPD SELURUH BANDAR BENTONG TERMASUK:
I.Taman Bentong Makmur
II.Taman Harmoni
III.Taman Kolej
IV.Taman Desa Damai
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan pendaftaran bagi premis perniagaan perkhidmatan perlu (essential services) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Daerah Bentong akan dikendalikan secara atas talian. Permohonan ini hanyalah untuk peniaga yang berlesen di bawah Majlis Perbandaran Bentong sahaja.
Pendaftaran akan dibuka bermula 4 Jun 2021 sehingga 6 Jun 2021 menggunakan pautan seperti di bawah:
https://tinyurl.com/perkhidmatanperlu
Kelulusan permohonan boleh disemak di portal atau platform media sosial rasmi Majlis Perbandaran Bentong.
Terima kasih.
