
HEBAHAN AWAM
1. Muat Turun Percuma: Pelan Tindakan Bandar Pintar Bentong 2030 (Disini)
Orang awam kini boleh memuat turun Laporan Pelan Tindakan Bandar Pintar Bentong 2030 untuk rujukan melalui Portal Rasmi MPB.
2. Bayaran Salinan Digital Laporan Perancangan
Kadar bayaran bagi salinan digital (softcopy) untuk laporan berikut adalah seperti berikut:
- Rancangan Kawasan Khas (RKK) Genting Highlands: RM300.00
- Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Bentong 2035 (Penggantian): RM200.00
Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi kami atau hubungi Jabatan Perancangan Bandar di talian 09-2221148.
"Bentong Bandar EkoPelancongan Bersih, Hijau dan Inovatif"
