
BLUEPRINT BANDAR PINTAR NEGERI PAHANG 2040
Tempoh Kaji Selidik Dilanjutkan: 22 Ogos hingga 29 Ogos 2025
PLANMalaysia Pahang sedang menjalankan kajian bagi menyediakan Blueprint Bandar Pintar Negeri Pahang 2040 yang akan menjadi rujukan dan panduan kepada Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi-agensi Negeri dan pihak-pihak berkepentingan (Stakeholders) dalam merancang dan melaksanakan pembangunan Bandar Pintar yang bersistematik dan memfokuskan kepada kepentingan rakyat.
Sehubungan itu, borang soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan awam terhadap Agenda Bandar Pintar Negeri Pahang bagi penyediaan Blueprint Bandar Pintar Negeri Pahang 2040.
Boleh imbas QR atau klik link: https://arcg.is/1izuan3 untuk memberi maklum balas kaji selidik ini.
Terima kasih.
