

KURSUS MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (MPGIA) BAGI KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL
Tarikh : 7 JULAI 2025 - 8 JULAI 2025
Tempat : Dewan Jubli Perak Majlis PErbandaran Benong
Majlis Perbandaran Bentong dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menganjurkan Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) Bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional sebagai usaha memperkukuh tadbir urus serta membudayakan integriti dalam perkhidmatan awam.
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan penjawat awam terhadap kepentingan nilai integriti, etika kerja, serta langkah pencegahan rasuah dalam melaksanakan tugas harian.
Terima kasih kepada SPRM atas sokongan dan komitmen dalam menyampaikan modul yang bermanfaat demi memperkasa amalan governans berintegriti dalam organisasi.
