*E-PERMOHONAN KEBENARAN KERJA PROJEK MAJLIS PERBANDARAN BENTONG 2021*
Notis Pemberitahuan
Adalah dimaklumkan bahawa Kontraktor G1 dan G2 yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Bentong untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan berskala kecil dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 berkuat kuasa serta-merta dengan kebenaran bertulis daripada Majlis Perbandaran Bentong.
Oleh yang demikian, pihak Kontraktor G1 dan G2 berkenaan hendaklah mengemukakan Permohonan Kebenaran Kerja Projek Majlis Perbandaran Bentong bagi tahun 2021 yang akan dikendalikan sepenuhnya secara atas talian melalui pautan berikut:
*KEBENARAN KERJA PROJEK*
Sila pastikan anda mengisi e-form dengan maklumat yang betul serta merujuk kepada inden kerja projek yang berkaitan.
Terima kasih.
