MENU

PERUBAHAN TARIKH JUALAN TENDER

NOTIS MAKLUMAN & PERMOHONAN MAAF: PERUBAHAN TARIKH JUALAN DOKUMEN TENDER

Merujuk kepada iklan tender Cadangan Pembangunan Kompleks Sukan Padang Benus (No. Tender: MPB/JK/01/2025).

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pindaan pada tarikh mula jualan dokumen tender disebabkan oleh penutupan sementara sistem perkhidmatan pembayaran bagi tujuan kerja-kerja penyelenggaraan sistem.

Perincian perubahan adalah seperti berikut:

Tarikh Asal: 30 Disember 2025 (Selasa)

Tarikh Baharu Jualan Bermula: 2 Januari 2026 (Jumaat)

Pihak Majlis memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan menghargai kesabaran serta kerjasama pihak tuan/puan.

Sekian, harap maklum.