
NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PERKHIDMATAN PEMBAYARAN DAN KAUNTER MAJLIS PERBANDARAN BENTONG
Dimaklumkan kepada seluruh warga Bentong dan pelanggan yang dihargai, sistem pembayaran dan kaunter perkhidmatan Majlis Perbandaran Bentong (MPB) akan ditutup buat sementara waktu bagi tujuan kerja-kerja penyelenggaraan sistem.
Butiran penutupan adalah seperti berikut:
-
Tarikh Mula: 29 Disember 2025 (Isnin), Jam 12:00 Tengah Malam
-
Tarikh Tamat: 31 Disember 2025 (Rabu), Jam 11:59 Malam
-
Pembukaan Semula: 1 Januari 2026 (Khamis)
Perkhidmatan yang terjejas melibatkan:
-
Kaunter Jabatan Perbendaharaan
-
Kaunter Perlesenan
-
Kaunter Jabatan Penilaian & Pengurusan Hartanah
-
Bahagian Undang-Undang
-
Pejabat Cawangan Genting Highlands
-
Kiosk Bayaran
-
Semua Saluran Bayaran Atas Talian (Online): PBT Pay, BSmart & Pahang Go
Pelanggan dinasihatkan untuk merancang urusan pembayaran anda lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Segala kesulitan yang timbul amat dikesali.
