MENU

 

 

NOTIS MAKLUMAN

Pengumpulan Data Aliran Trafik di Persimpangan Lampu Isyarat Pintar

Dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Bentong sedang melaksanakan pengumpulan data aliran trafik melalui pemantauan kamera trafik di Persimpangan Lampu Isyarat Ketari dan Persimpangan Lampu Isyarat Sungai Marong, Bentong, Pahang.

Pelaksanaan ini bertujuan untuk menilai corak pergerakan trafik semasa serta menambah baik sistem kawalan lampu isyarat bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan terlibat.

Sehubungan itu, para pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan lalu lintas serta kawalan sistem lampu isyarat sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja ini.

Kerjasama dan keprihatinan semua amat dihargai demi kesejahteraan bersama.

Sekian, terima kasih.