MENU

Di Janda Baik telah didirikan beberapa kem latihan berbentuk eko resort yang menjadi tumpuan pihak swasta, kumpulan pekerja, persatuan dan pelajar-pelajar untuk mengadakan latihan dan program motivasi. Suasana perkampungan yang berhawa sederhana dingin ini agak berbeza dengan kampung-kampung lain kerana berminatnya orang-orang kenamaan termasuk kerabat Diraja serta hartawan-hartawan Melayu dari seluruh negeri untuk memiliki tanah dan mendirikan kediaman sebagai tempat berehat di musim cuti dan hujung minggu. Pembangunan terbesar adalah oleh Syarikat Sitrac iaitu Taman Tanarimba yang menyediakan kemudahan padang golf dan lot-lot komersil dan perumahan bentuk homestay. 70% daripada kawasannya dikekalkan sebagai hutan untuk kawasan ‘game resort'.

Resort

Jenis

Kemudahan

 

D'Ark Training & Resort Sdn. Bhd

 

Percutian dan Latihan 30 Chalet, Kedai Mini, Mini Lounge, Perpustakaan, Surau, Dewan Kuliah, Tapak Khemah dan Kawasan Rekreasi.

 

Latto Carok Chalet, Kg Cheringing

 

Percutian Memancing 8 chalet dan 1 Mini Cafe

 

Seri Dinar Training Retreat, Kg. Sum Sum

 

Latihan / Persidangan / Kursus / Percutian Keluaga 10 Chalet Eksekutif, 8 Chalet standard, 8 Studio, 1 Dewan Konvokesyen, 1 Bilik Kuliah, 1 Bilik Apartment, 1 Bilik Seminar, 1 Restoran dan Tapak Perkhemahan

 

D/Cheringing, Kg. Cheringing

 

Percutian 10 Chalet

 

ABC Training, Kg. Chemperoh

 

Kem Latihan Motivasi 8 Chalet, 1 Dewan Keraian, Tapak Perkhemahan dan Kemudahan Rekreasi

 

Kem Wira Waja, Kg Chemperoh, Janda Baik

 

Kem Latihan Motivasi 15 Chalet, Mini Mart, Surau, Tapak Perkhemahan dan Kemudahan Rekreasi

 

Wadi Al-Hussein, Kg. Chemperoh

 

Perkelahan Teratak Terbuka Alur Semulajadi