MENU

PERKHIDMATAN PELAN PERLINDUNGAN INSURANS BERKELOMPOK AHLI MAJLIS, PEGAWAI DAN KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN BENTONG BAGI TAHUN 2026 SEHINGGA TAHUN 2027.

 

PERKHIDMATAN PELAN PERLINDUNGAN INSURANS BERKELOMPOK AHLI MAJLIS, PEGAWAI DAN KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN BENTONG BAGI TAHUN 2026 SEHINGGA TAHUN 2027.

Tender adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Majlis Perbandaran Bentong (MPB) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk menyertai tawaran perkhidmatan berikut:
 

Butiran Tender:

  • Tajuk: Perkhidmatan Pelan Perlindungan Insurans Berkelompok Ahli Majlis, Pegawai dan Kakitangan Majlis Perbandaran Bentong Bagi Tahun 2026 Sehingga Tahun 2027. 
  • No. Tender: TENDER 003/2026. 
  • Kod Bidang MOF: 221801 (Perkhidmatan Kewangan & Insuran - Syarikat Insuran, Perlu Lesen Bank Negara). 
     

Tarikh & Lokasi Penting:

  • Dokumen Mula Dijual: 8 Oktober 2026 (Khamis) di Jabatan Khidmat Pengurusan, MPB. 
  • Tarikh & Waktu Tutup Tender: 28 Oktober 2026 (Rabu), jam 12.00 Tengahari. 
  • Lokasi Penghantaran: Peti Tender, Lobi Pejabat Majlis Perbandaran Bentong, Jalan Ketari, 28700 Bentong, Pahang. 

Maklumat Pembelian Dokumen:

  • Harga Dokumen: RM 50.00 (Bayaran secara tanpa tunai sahaja melalui Kad Debit/Kredit & Kod QR). 

Syarat & Prosedur Utama (Langkah 1 & 2):

  • Pembekal mestilah mendaftar atau memastikan pendaftaran sebagai Pembekal MPB masih sah (pendaftaran di Jabatan Perbendaharaan, MPB dengan bayaran RM50 tanpa tunai). 
  • Bagi pembelian dokumen tender, pembekal atau wakil dikehendaki membawa dan mengemukakan sijil asal Pematuhan Cukai Berstatus "Patuh" (TCC), Sijil MOF asal, serta cop rasmi syarikat. 
  • Pembeli dokumen mestilah penama yang sah di dalam Sijil MOF, atau mempunyai Surat Perwakilan Kuasa yang sah jika mewakili syarikat. 

Cara Penghantaran:

• • Dokumen tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul berlakri, bertulis tajuk perkhidmatan di penjuru atas sebelah kiri sampul, dan dimasukkan terus ke dalam Peti Tender. 

Tender Ref: 
003/2026
Tender Closing Date: 
Rabu, 28 Oktober 2026
Kemaskini Terakhir: Khamis, 5 November 2026 - 11:22am