CARA-CARA MEMOHON :
- Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Perbandaran Bentong yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang Majlis Perbandaran Bentong di www.mpbentong.gov.my.
- Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan (fotostat) sijil kelahiran, sijil persekolahan, salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan Dan Profesional dan gambar pasport berukuran 5 x 4 sm. Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
- Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perenggan 18.
- Tarikh tutup permohonan pada 27 November 2023.
- Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada :
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN BENTONG
JALAN KETARI
28700 BENTONG
PAHANG DARUL MAKMUR.